You are currently browsing the monthly archive for October 2006.
GURUN, 11 Okt (Bernama) — NAZA Group of Companies (NAZA) akan memperkenalkan tiga model baru kenderaan tahun depan, kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin hari Rabu.
Beliau membayangkan ketiga-tiga model baru itu termasuk jenis salon berkuasa 1,500cc dan yakin ia mampu menarik minat pembeli.
Bagaimanapun beliau yang ditemui di kilang pengeluaran keretanya di sini hari Rabu enggan memberi butiran mengenai model baru itu.
Di samping itu, katanya, NAZA juga akan memperkenalkan model baru kenderaan keluarannya pertengahan bulan depan sebagai penutup 2006.
“Tunggulah. Macam mana bentuknya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan syarikat itu berjumlah RM65,000 kepada fakir miskin, pelajar miskin, masjid dan surau kawasan Gurun serta mangsa ribut di sini.
Nasimuddin berkata NAZA meletakkan sasaran pengeluaran tahun ini sebanyak 50,000 buah kenderaan yang diyakini dicapai berbanding 35,000 buah tahun lepas.
Antara jenama keluaran NAZA ialah Ria, Spectra, Citra, Pregio, Sorento dan 206 Bestari.
– BERNAMA








Recent Comments